Pages

About Me

My photo
ASSALAMUALAIKUM....nama aku MUHAMMAD AIZAT B. MUSTAFFA..So,korang boleh pngil aq ijat,ayie,mike or aizat.Aku asal dari KL dok Negeri Sembilan..Umo aku taun ni 16 tahun azam baru taun ni???ahahaha k azam baru aq,aq nk try jadi baik...hahaha sebelum ni aku x lh jahat mne pon...haha

Friday, October 19, 2012

Tips Lelaki Pemalu Memburu Cinta



Assalamualaikum..tadi aq ade singgah 1 blog ni terbace plak entry ni..korg bce lh..hehe acc aq ni pon pemalu sbb tu aq copy


Bagi lelaki pemalu ramai yang teragak-agak untuk memburu cinta mereka. Walau hati berdebar mereka tak mampu untuk mendekati gadis impian mereka. Jom kita tengok beberapa tips yang Kasih Suci nak berikan buat lelaki pemalu begini.
1.Keyakinan Diri-Kamu haruslah punyai keyakinan diri yang tinggi. Jangan teragak-agak dan tak yakin untuk bercakap atau berbual dengan si dia. Keyakinan itu amat penting dalam penampilan seorang lelaki sejati.
2.Eye-contact-Mata perlu berani. Bukan bertentang mata itu untuk menggatal ye, tapi eye contact tu sangat perlu dalam berbualan antara kita dan dia. Walau kamu agak pemalu janganlah sampai bila bercakap perlu menunduk dan asik mata meliar ke sana sini. Tumpuan 100% amat perlu diberikan apabila berinteraksi dengan si dia
3.Ajak keluar-Sesekali ajakla si dia keluar makan bersama atau beraktiviti bersama. Mungkin dengan cara menghabiskan masa bersama walau ditemani oleh rakan lain sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa malu kamu dan dapat memberi keserasian antara kamu dan dia. Siapa tahu dengan cara ini membuka ruang kamu untuk masuk ke dalam hidupnya.
4.Pendengar Yang Baik-Jadilah pendengar yang baik.  Pemalu tak semestinya kamu tak boleh mendengar luahan hatinya. Apabila dia menghadapi kesulitan jadilah insan pertama yang mendengar luahan hati si dia.
5. Segak-Berpakaian kemas dan segak bukan terletak semata-mata pada paras rupa. Keterampilan segak amat perlu dalam menjadikan kita lebih berkeyakinan dan menghilangkan rasa malu. Jika pakai selekeh dan tak kemas bagaimana gadis impian nak tertarik pada kita? betul kan?
Buat jejaka pemalu di luar sana, jangan buang masa dan cepatlah bertindak memburu cinta kamu sebelum ianya pergi jauh dari kamu. Cuba bayangkan mungkin dia juga ada perasaan terhadap kamu tetapi dia juga malu untuk meluahkan kerana dia seorang wanita. Ruginya membiarkan cinta tak bertaut!

Wednesday, October 10, 2012

I dont know

Assalamualaikum pembuka bicara...haii semua aq tau lama gak aq x update post..xde cerita sngat sekarang ni..biasalh budak study lh katakan..hahaha study lh sangat...Okay pasal cinta2 please letak tepi aq x nk pikir semua benda tu..aq hanya nk tumpukan pada belajar..Sekarang pon pasal belajar ni aq dh kurang lepak dengan Kerol,Uze bole d katakan semua lh class mate aq...aq tubuhkn 1 group baru bagi sesiapa yg btol2 minat nk belajar je...dlm kelas aq ade lh dlm 4 org cm tu..aq gabung ngan setencs bdk kelas Arif and B smthing hahaha...sebenanye aq belajar ni aq fokus utama..aq kalau boleh x nk bebankan family aq lagi..Aq tau selama ni aq bnyak menyusahkn dorg,Ape aq nk sume akn disediakan smpai lh aq jadi pemalas mcm ni...aq nk berdikari sendiri..aq tau aq ank bongsu manja ngan family aq..aq kalau bole cuma sekalini je aq nk dorg rasa bangga ada anak mcm aq..aq ni sebenanye x de r cerewet mcm abg2 aq..aq x kesah and x memilih pon kalau family nk bgi aq ape2...aq terime je..tapi tu r cuma aq ni x reti nk bersyukur kott...UPSR xde A..Pmr xde S..kalau bole SPM ni aq nk A tu ada...pleaseee...korg tolong doa2kn lh...Lgi 1 aq nk mintak maaf bnyak2 dkt semua cg terutamanye cikgu Syafinaliza.Dia pernah ajar aq sains dari aq f1 smpai aq F3..tapi selama 3 thun dia mengajar tu aq rasa banyak gila aq buat hati dia terluka..aq nk mintak maaf bnyak2 kt dia..bnyak lgi cg yg aq buat mcm tu...kepada bdk2 yg still dlm alm persekolahan..aq nk pesan smthing korg mmang happy dgn life korg sekarang ni bergaduh,pukul org,jadi taiko,kurang ajar,langgar displin TAPI nnti time dh nk tinggalkan sekolah tu korg akn terkenang2 dan korg menyesal..aq dh rasa dh semua tu..lgi 28 hari je aq ade kt skolah tu lepas tu mmang goodbye lh semua..lgi 1 aq btol2 syg dkn someone bdk perempuan F4 skolah aq bdk kelas Sains..tpi tu r aq sedar aq bknnye pandai nk d bandingkan dgn dia..aq kalau boleh mmang nk dia tapi..tulh aq x reti nk pikat2 ni..bru kwn x smpai berbulan2 pon dh bnyak aq sakitkn hati dia..okay aq pon dh penat menaip ni...hahahaa okay good luck for Pelajar PMR especially SMK Yam Tuan Radin and budak2 Form 2-Form 4 semoga cermerlang dlm final exam...:)

Friday, September 14, 2012

Taip Tanpa backspace

Okayyyy assalamualaikum...haritu aq ade bce satu entry ni best kot..owner blog tu dia cerita and dia x tkn backspace lngsung..mmang byk typo lh kn heee...okay aq nk try..cerita aq berkaitan..haha korg bce jelh kay

''Assalamulaikum hai nama saya muhammad aizat..huhuaaa okay disini saya nk ceritakn satu cerita yg best lh gak ..okay cerita dia mcm ni..haritu aq ada g pasar then jumpa errghhh salah cerita jh eh salah lh ..ishhhyy ehhh ishhgg ehhh ishhss ha bru btol..okay seriously aq dh lari dari cerita betul aq..urmm susah gak kn hidup tnpai ehh *tanpa menekan backspav *backspace ni..siapa yg nk mencuba tu silka eh *sila2 lh cuba kay..sebenyan eurghhh *sebenanya* aq bce entry psl bnde ni dari blog Arwah Yasmin Hunwick..seriushj *serius aq suka setiap post dia...hahah..haha ojak *okay lh* aq sebenyan &ehh salah tulis *sebenanya dh berbulu ni palat pulak kn x pyh tkn backspace hahaah okay sebelum keyboard ni pecah bek aq hentikan type..ehh taip haha okayyy dss uishhh daaa~ assalamualaikumm :)

Tuesday, July 17, 2012

Mimpi bole caye ke??

Tjuk post aku kali ni berkaitan mimpi...semestinya mesti korg pelik kan kenapa pulak dgn mimpi???and maybe ada antara korg yg pernah rasa apa yg aq rasa ni...okay mimpi aku ni lain sikit dari yg lain..aku bermimpi ditemukan dengan seorang gadis yg sunguh sejuk mata memandang..mula2 aq angap tu hanyalah mimpi semata and aku terus berdoa kdp Allah agar diberikan petunjuk tentang mimpi aku tu..and keesokan harinya aq mimpi benda yg sama iaitu bertemu dgn gadis yg sama..and kali ni aq agak terkejut sebab aq mengenali gadis tersebut itu..kemudian aku buat solat hajat and aq ada berjanji kpd seorang rakan ku aq ckp begini ''If malam ni aq mimpi jumpa dia lagi besok aq jumpa dia betol2''.Kemudian malam tu aq mimpi buat kali yg ke-3 bertemu dia..aq mimpi aq ambil meja dan kerusi then aq letak dkt sebelah kelas dia dan aq tunggu sehingga dia lalu,dalam mimpi aku tu aq telah dimarahi org guru sebab x reti masok kelas..tapi bila  aq jumpa dia aq sendiri lupa apa yg aq bercakap dgn nya...Kemudian aq masih x berjumpa dgn sidia walaupun aq ada janji dgn kawan aq..aq seganlh kalau aq trus terang kt dia tntang mimpi aq nnti dia ketawakan aq dan dia ckp yg aq ni kuat berangan...so sbb tu aq diam je..and aq still berdoa kpd Allah ''jika benar kau adalah jodoh aq,aq meminta kpd Allah agr kau diberikan mimpi sama seperti aq mimpi betemu kau...sesungguhnya kau lh jodoh aq..aq harap apa yg aq mimpi tu adalah satu petunjuk dari ALLAH  untuk menyatukan kita...


Mula2 aq ingatkan aq mimpi bertemu kau sebab maybe aq asik fikirkan tentang kau..tapi aq x delh fikirkan sangat tentang kau pon aq still dpt mimpi tu..And sekarang sudah 4 or 5 or 6 kali aq mimpi jumpa kau..aq pon lupa sebab dh byk kali dh lebih dari 3...:)

Sunday, July 15, 2012

Hari Koperasi Negara



salam 1 malaysia semua...yeahh semalam kami and the geng pergi bukit jalil ada hari koperasi negara yg dirasmikan oleh mmbe aq nama dia najib..kenal x???haha yg PM kita tu lh hehehe...okay harini aq gembira sangat..rasa mcm dunia ni kitaorg yg punye...masing2 buat kepala sendiri...bygkan lh kitaorg sume ade 18 org dh boleh buat harok kt stadium tu...kitaorg nyanyi lagu mcm2 siap ramai yg tepuk tangan and amik gambar dh mcm artis pulak...haha dengan masing2 main trompet rm5 hahaa...btw time tu aq lupa segala masalah aq..semuanya sampai kerja2 aq pon aq lupa..maklumlah terlalu seronok kan..mula2 aq ingat dak2 ni kerek lh kn..last2 sekepala gak dorg mcm frank,felik,alip ramai lagi..haha sume otak gila2..smpai ade yg nmpak group kitaorg jalan pon usha pelik je...tau r kitaorg hyperactive..korg rombongan smpai 40org pon x leh lwn kitaorg yg cume 18org je dh leh wat suasana yg indah satu stadium..heee kt bwh ni ada sdikit gambar...yg lain sume kt fb ada



 yeahhh ini dia..okay byeee assalamualaikum :)

Monday, July 9, 2012

Belajar belajar belajar :)

Yeahhhhh harini aq nk post pasal belajar...haha jangan gelak kayhh hahah okay  azam aku sekarang nk belajar sungguh sungguh biar dpt 7A++++++ haha okay aku sekarang paling lemah math dgn sains yg lain tu bole skor..yg risau math ngan sains je..tpi kata pepatah ''Belakang pisau kalau diasah pon akn jadi tajam''.So kesimpulannya kalau aq belajar and fokus kt sbjek yg aq lemah tu pastinya aq boleh skor kan..hahaha lgi satu jgn lupa doa byk2 kt Allah...study study study study

yeahhh ini dia gmba study hahahaha

kalau boleh aq nk kekalkan prestasi aku yg mcm ni barulah bole berjaya dlm spm yeahhhh..
tapi kadang2 time kite study tu msti kita buat benda ni..benda yg akan mencacatkan mood study kita yg berkoba2 iaituu
ini Dan
ini


 korg x yah tipulah hahaha..x pon korg dgr lagu...tpi kalau korg nk study kan...telefon tu  sebenanya boleh campak jauh2 baru fokus...okayy tolong doakan kejayaan aq dlm spm yeah...aq nk dpt

                      7A++++++ Yeahhhhh!!!!!

Sunday, July 8, 2012

Kitakah Isteri Yang Dicari?




okay ni aq ade terbaca artikal tdi jdi aq pon nk kongsi ngan korg bce ye

Dari pengalaman hidup melihat sikap dan karakter lelaki yang berada di sekeliling, maka insan yang bernama perempuan sering memerhati dan akhirnya mempelajari apakah ciri-ciri yang baik pada seorang suami.
Bukan lelaki sahaja yang bisa tidak tentu arah bila melihat perempuan solehah idamannya, bahkan yang bernama perempuan itu juga bisa bergetar hatinya melihat lelaki yang soleh. Hingga tersemat di sudut hatinya, berdoa dan meminta pada ALLAH agar dipilih oleh lelaki soleh itu..
Betul tak saudara-saudara perempuanku...
Ya, bukan semua.. sebahagian perempuan tidak terusik hati pun dengan kebaikan dan kesolehan lelaki...
Idealnya, semua yang memiliki hati perempuan inginkan bakal suami yang baik, bertanggungjawab, peramah, penyayang, beriman, beramal soleh, berilmu...
Ada yang inginkan yang kaya dan hensem..yang penuh sifat kelelakian.
Ada yang inginkan yang sekufu dan 'sekepala'...
Ada yang inginkan sama-sama aktif dalam jemaah dan dakwah. Sama-sama bersemangat dalam kerja-kerja sosial dan kebaikan.
Namun, apakah realiti yang sering berlaku...?
Bila suami baik...
" Abang ni baik sangatlah.. kalau ya pun nak buat baik, agak-agaklah sikit..." luah si isteri tidak puas hati si suami membeli kereta baru untuk ibu dan ayah mertua. Apatah lagi, suami tidak melayan permintaan isteri untuk bercuti ke negara empat musim. Sedangkan kereta itu untuk mengganti kereta lama yang telah terlalu uzur.
Bila suami bertanggungjawab...
"Abang ni asyik balik kerja lewat.. Bila tak kerja pulak, ada je urusan lain yang tak habis-habis.. Abang tinggalkan saya sorang-sorang layan anak kat rumah.."
Sedangkan suami pulang lewat kerana mengurus perniagaannya dengan penuh tanggungjawab. Kerana kemudiannya dia ingin melaksanakan tanggungjawab memberi makan minum pakai pada anak isteri. Kerana dia juga ada tanggungjawab dakwah dan membantu ummah, bukan sekadar mencintai isteri dan anak-anak.
Bila suami berkarakter penuh kelelakian, kita para isteri ingin mem 'perempuankan' diri si suami. Diajak suami bershopping baju dan kasut lama-lama, diajak suami bersembang dan bergosip lama-lama tanpa arah tuju, ingin melihat suami juga menangis terharu bila sesuatu yang menyentuh berlaku.. sedangkan itu semua jauh dari minat dan sifat kebanyakan lelaki..
Akan sabarkah kita dengan suami yang baik dan bertanggungjawab sebegini..? Yang berkarisma dengan kelelakiannya...?
Atau kita hanya ingin menjadi isteri yang memiliki suami yang lalai tanggungjawab kerana sibuk memenuhkan keinginan nafsu dan kehendak isteri yang tak pernah puas..?
Bila suami peramah..
Abang ni tak payah lah senyum kat semua orang, tak payah sembang dengan diorang selalu.. seronok la perempuan tu abang senyum kat dia, layan sembang.."
Padahal si suami cuba berbaik-baik dengan kakak ipar dan adik ipar perempuan supaya tidak dikatakan sombong dan dingin.
Bila suami berilmu, beriman dan beramal soleh...
"Abang ni asyik baca buku..asyik depan laptop menulis.. bila hujung minggu, sibuk dengan program dakwah, kelas quran lah, kuliah lah, daurah lah.. bila abang nak spend masa dengan saya dan anak-anak..!" ujar isteri dengan rasa sedih tak puas hati.
Sedangkan dulu si isteri mengagumi lelaki yang nampak ke depan dalam program dakwah. Si isteri terkagum-kagum dengan aura ilmu dan keimanan yang terpancar di wajah pemuda dakwah itu. Si isteri tertarik dengan kemurahan hati pemuda itu bersedekah. Si isteri dulunya teruja untuk bersama pemuda dakwah yang giat aktif..
Dan akhirnya meluahkan... "Lebih baik saya kahwin dengan orang biasa.."
Kerana setelah berkahwin dengan ustaz, pendakwah, agamawan, ilmuwan, jutawan, dermawan.. ternyata para isteri sukar untuk menerima gaya hidup suami yang kononnya dulu itulah ciri-ciri idaman.

Dan bagi yang bernikah dengan 'orang biasa', mereka berharap pula mendapat 'orang-orang agama'.
Sedangkan nantinya, sukar para isteri untuk menerima apa-apa kesalahan dan kesilapan suaminya.. Orang agama diharapkan seperti malaikat suci diri sempurna peribadi.
"Tak sangka suami aku macam tu, dia tu kan penghafaz Al Quran.."
Suami saya tu namanya je pegawai di jabatan agama tapi..."
"Dengan orang lain sibuk berdakwah, dengan isteri dan anak sendiri tak ada masa..."
Sedangkan seorang suami itu- 'orang agama atau orang biasa' - mengharap kita menerima kelemahan dirinya seadanya.
Seorang suami itu harapkan kita bersabar dan kuat mengurus emosi sendiri dan keluarga sewaktu ketiadaannya.
Seorang suami itu juga mengharap isteri tidak berhenti menuntut ilmu, agar mampu mendidik fitrah anak dan mencorak rumahtangga dengan suasana islami. Suami keluar berkerja dan berdakwah, isteri di rumah konsisten dan strategik mentarbiyyah [mendidik].
Suami berharap isteri berhenti bergosip dan bersembang kosong tentang artis atau orang lain, tentang fesyen, tentang perabot, make-up, tentang melancong yang memakan kos yang banyak dan topik lain yang menjauhkan famili dari kesederhanaan dan keredhaan tuhan.

Setelah bernikah, ternyata kita yang bernama isteri tidak sabar dengan ciri yang kita idamkan dulu..?
Atau kita yang tidak pandai membawa diri dengan karakter suami yang pelbagai bentuk dan gaya...?
Atau kita jarang sekali merasa cukup dengan masa, wang dan kemesraan yang suami kongsikan...?
Ingin yang sekufu, namun sedarkah bahawa sekufu itu boleh jadi kupu-kupu yang meninggalkan pasangannya jika kita tidak bersungguh berubah ke arah kebaikan...dan menjadi renggang jika kita tak pandai memimpin pasangan kepada kebaikan?
Manusia itu mungkin, mungkin pada satu tahap boleh sekufu.
Tapi realiti nya, manusia sentiasa dan kerap berubah. Kepada yang lebih baik atau lebih teruk. Tak akan terus sekufu.
Dan kita tak berubah dengan kadar dan cara yang sama dengan pasangan hidup. Apapun, moga perubahan itu destinasinya sama –menuju redha Ilahi.
Lalu sebenarnya, yang teramat penting adalah kemampuan kita para isteri membawa diri dalam rumahtangga yang dibina setelah membuat keputusan dengan istikharah dan musyawarah.
Mampu membawa diri yang bagaimana..?
Jika suami kaya, bagaimana untuk kita memahami dan menghormati gaya hidupnya yang berbeza dari kita 'orang kampung' (yang tak berapa kaya).
Jika suami orang kampung, bagaimana kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan suasana kekampungan dan tidak menunjuk muka serba tak kena kerana 'kebandaran' kita.
Jika suami bijak atau bergulung ijazah hingga PhD, bagaimana untuk kita membina kecerdasan diri agar kita tidak seperti budak tadika yang banyak sangat tak tahu..
Jika suami miskin atau berpangkat lebih rendah, bagaimana untuk kita merendah hati dan bergaul mesra dengannya agar dia tidak merasa tertinggal di belakang isteri, kerana selamanya seorang suami harus di atas sebagai pemimpin yang wajar ditaati dan dihormati.
Jika suami sebaya atau lebih muda, bagaimana untuk kita taat dan redha dengan keputusannya, kerana kita rasa kita lebih matang dari dia atau kita dengan dia sama sahaja, bukan pandai sangat buat keputusan.
Jika suami lebih berusia, bagaimana untuk kita memahami dan meletakkan diri sejajar dengan banyak pengalaman dan pengetahuannya..
Jadi, simpan sebentar senarai calon suami idaman..
Ayuh kita buat senarai menulis apa kekurangan diri kita, apa skills dan value yang kita perlu tambah pada diri dalam rangka menjadi isteri idaman .. Apa senarai kekuatan yang perlu kita bina, agar kita mampu menjadi isteri yang pandai membawa diri, walau siapapun ditakdirkanNYA buat kita...
Di lempar ke lautan menjadi pulau, di lempar ke awan menjadi bintang yang berkerdipan..
Menjadi isteri yang bahagia bukan dengan mengharap, mengharap dan banyak menerima, namun dengan banyak memberi, memberi dan terus mencari kebaikan dalam setiap keadaan..
Sekian perkongsian, harap bermanfaat..

Saturday, July 7, 2012

Ramadhan perlu ke berpuasa??


assalamualaikum semua..okay today(wahh speaking nmpak lolll :( ) okay post aku harini berkaitan ramadhan...msti korg dh x sabar kn nk dkt puasa,nk test iman kuat or not..but azam aq thun ni aq nk penuh g solat tarawikh...wahh sumpah tahun ni aq rasa x sabar nk puasa..heheee puasa aq yg lepas sudah diganti..yeahhh


okayy post aq ni aq nk cerita psl ramadhan..perlu ke kita berpuasa???hehe msti korg ade yg nk ponteng puasa kan..heheee tak baik tu..puasa ni setahun sekali je wokk puasalah penuh kay..valentine day boleh pulak korg sambut,and mcm2 lh holewen day lh sume tu x kn lh ramadhan x boleh korg sambut kan..puasa tu wajib bagi org yg sudah dewasa..if korg x puasa maknanya korg tu bajet kanak2 lh...tpi ada hati nk bercinta or kawen padahal puasa pon x penuh..bajet kanak2 je kan..malu lh sikit budak 4tahun pon boleh puasa penuh ni korg yg dh 20thun and keatas....heheehe ramadhan aq harap tahun ni aku akn capai azam aq dlm bulan ramadhan manalh tau dpt jumpa malam lailatul qadar kn..wahh indahnye idup ni....okay smpai sini je post aq kali ni..lain kali aq cerita lagi ye kawan...byeee assalamualaikum :) peace world

Tuesday, July 3, 2012

HAPPY BIRTHDAY :)

Assalamualaikummm....

okay harini aq nk cerita somthing yg agak menarik...hahaha harini hari jadi alia.so mula2 aq rancang nk bgi kek potong so aq pon pergi secret recipe utk beli kek..tpi malangnye kek potong dh habis..so aq pon agak sedih and aq jalan2 tetiba aq jumpa satu kek ni okay sebelum ni aq perhan makan kek tu sumpah sedap gila kek cokelet tu so aq harap alia suka...so aq pon beli and lps tu aq beli pembalut hadiah sorry if pembalut tu x cantik haha sumpah x reti weyh aq nk pilih pembalut hadiah..lepas isya aq pon balut hadia yg aq nk bagi kt alia...sumpah time tu rase happy smpai x terkata..balut punye balut akhirnye aq tertido kt dlm bilik dh r pintu berkunci..maybe sbb  seronok sangat kot...:)..lps tu aq terbangun pukul 4pagi mula2 aq ingat nk kemas barang then tido balik..tpi tetibe tergerak hati aq utk menunaikan solat hajat..so aq pon buat then tido...okay bermulanya pada pagi tdi masa tu waktu sains aq pon time tu tengah crik idea utk bercakap ngan dia masa nk bgi hadiah nanti.Sampai cg.arina pon marah kt aq sbb x buat kerja sains selama 2 waktu sains aq habisan utk crik idea...smpai terkeluar ayt2 lucu dlm otak aq so aq pon gelak sorg2 tpi gelak aq agak kuat smpai aq x perasan kwn2 yg lain sdg mermehatikan aq..smpai dorg ckp aq gile...haha aq x kesah pon..okay lepas waktu sains pulak waktu agama time tu aq ponteng sbb nk crik alia tpi aq agak kecewa sbb x jumpa dia langsung..aq msih x mati akal time rehat pulak aq ade nmpak dia tpi time tu dia ngan kwn2 dia aq x berani lh nk tgur so terlepaslah lagi sekali..lps rehat pula waktu mpv kalini aq x pk pnjang...aq msuk dlm bengkel trus panggil uze utk mintak bantuan dia...okay dia pon sudi tolong aq kwn baik kott aq kenal dia dari aq darjah 4 lagi...okay..so aq ngan dia pon trus crik alia..akhirnye aq nampak dia kt koperasi time tu aq kt block E aq nmpak dia naik tangga so aq pon tunggu tepi tangga kelas dia...lps dia naik aq trus suh uze pangil dia..okay time dia dh muncul tiba tiba...........dup dap dup dap dup dap jantung aq peluh pon mula keluar dari susuk tubuh ku dan tangan ku trus mengiggil..tetapai aq trus memberanikan diri dgn mengunakan cara spontan kerana idea yg aq rancang tu sume trus lenyap..agak tergagap gak aq semasa ckp ngan dia..aq pon keluarkan hadiah tu dan trus bagi kt dia smbil ckp happy birthday..dia jwb thanks :) lepas tu aq trus melangkah sedikit hadapan bloeh r dlm 3 inci gak jarak aq ngan dia time tu aq trus pandang mata dia mula2 dia mengelak tpi lps tu aq rasa dia pandang tpi aq segan pulak..okay aq rapatkan diri sbb aq nk nyanyi 1 lagu tpi time tu mimi ade kt sebelah alia aq trus rasa malu so aq pon skip nyanyi dan aq trus keluarkan kertas keramat yg ada dlm poket aq..lps tu aq pesan kt dia jgn bgi org lain baca..dia ckp okay :)..after that aq trus kelam kabut utk beredar dri situ sebab tangan and badan aq berpeluh..okay tgn aq akn basah if aq rasa takut or malu yg sgt2..so aq xnk dia perasan nnti mesti ddia gelakan aq...so aq beredar tanpa pesan suh dia take care..arghhh lupe weyh nk ckp urmmmm...okaylah kwn smpai disini je cerita aq harini..di bwh ni ade gmba hadiah dan surat yg aq bgi kt alia tdi :)
                           ni dia hadiah dan pembalut yg agak buruk
               okay tu bukan tulisan aq sbb tulisan aq sgt2 x cantik 
          tu tulisan ikhlas dri kwn aq...hee okay bye assalamualaikum :)

Saturday, June 30, 2012

Nothing

Assalamualaikum...

okay harini aq x de cerita tpi yg aq nk bgitahu perasaan aq semasa aq bercinta dgn najihah  dulu serius sama bila aq jumpa si alia  ni ...semuanya sama tpi apa yg aku takut satu benda je...aq takut if aq xdpt dia then msti aq akn jdi mcm dulu sebabtulh aq cuma untuk tidak terlalu mendesak perasaan aku ini aq cuba untuk maintain kan perasaan ni sebab aq xnk bila aku kecewa nnti ia akan membuat result SPM aq teruk..aq xnk bnde ni terjadi...so bia jelh aq cerita semua nya tntang alia kt blog aq at least dia xtau and aq dpt luahkan semuanya isi hati aq kt dlm ni kann...heee okay byeee Assalamualaikum jumpa lagi :) \peace yoooo

Friday, June 29, 2012

Skodeng :)

                                                           Assalamualaikum...:)
okay malam ni aq nk kongsi 1 cerita skit heee tdi tiba2 aq rasa yg aq nk kenal dgn si Alia dgn lbh dkt
so aq pon mcm biasalh  gunakan cara aq untuk mencari semua maklumat tntang Alia..so firstly aq
jumpa 1 gamba yg agak mengejutkan aq..tpi aq rasa tu maybe gamba lama kott pikir positif..
dan aq terus search2 lagi byk gila aq jumpa gamba dia and semua maklumat dia tanpa HACK account dia :)
so aq sungguh berpuas hati kerana semua yg aq nk aq dh dpt so lps ni cuma perlu berterus terang jelh :)..
okay tdi sekolah aq ade buat hari sukan dan rumah lekir menjadi juara tahun ini diikuti dgn 
jebat,tuah,dan kasturi :) okay smpai disinni jelh byeee

Thursday, June 28, 2012

Miracle

Assalamualaikum...malam ni ayie nk kongsi 1 cerita skit..
serius tadi btol2 1 keajaiban berlaku pda diriku ini..
first time aq beranikan diri aq ni utk menegur seorang pmpuan
yang betol2 tutttttttttttttttttttttttttttttt punye..
tgok dia senyum sumpah boleh cair aku..heee okaylh byeee :)

Wednesday, June 27, 2012

Hari Koperasi


Assalamualaikum...okay lama gak x post kt blog ni..hhaha biasalah bz skit.
first of all pada hari selasa yg lalu skolah aq buat hari koperasi seronok gila
yang paling seronok sbb aq dpt tngkap gmba sorg awek ni tgok kt bwh..


ccmell kan dia ni nama dia alia girlfriend aku ni xdelh gurau je haha
  dia ni sgt2 lah baik bagi aq betuah tau sape yg dpt dia tu..


          ni satu lagi gmba dia yg sempat aq amik comel nye...


komen tentang hari koperasi??

aku rasa hari koperasi tahun ni xberapa nk meriah maybe sbb ada masalah elektrik kot
tpi rugi lh sebab tahun lepas aq x dpt join..masa tu aq bz dgn usahawan muda g kursus kt bayu....
urmm tapi papepon ini tahun terakhir aq dlm skolah ni ermmm rasa sdih ponada gak..rasa sekejap je..
cukuplah smpai disini ye kawan2 junmpa lagi Assalamualaikum :) syg Alia hahaha mati kalau bf dia tahu heeee
                                                                                  Ni ada sedikit gmba yg sempat aq amik ada byk lgi tpi malasnk upload sume :)









okay bye..............................