Mula2 aq ingatkan aq mimpi bertemu kau sebab maybe aq asik fikirkan tentang kau..tapi aq x delh fikirkan sangat tentang kau pon aq still dpt mimpi tu..And sekarang sudah 4 or 5 or 6 kali aq mimpi jumpa kau..aq pon lupa sebab dh byk kali dh lebih dari 3...:)
Pages
About Me

- Muhammad Aizat
- ASSALAMUALAIKUM....nama aku MUHAMMAD AIZAT B. MUSTAFFA..So,korang boleh pngil aq ijat,ayie,mike or aizat.Aku asal dari KL dok Negeri Sembilan..Umo aku taun ni 16 tahun azam baru taun ni???ahahaha k azam baru aq,aq nk try jadi baik...hahaha sebelum ni aku x lh jahat mne pon...haha
Tuesday, July 17, 2012
Mimpi bole caye ke??
Mula2 aq ingatkan aq mimpi bertemu kau sebab maybe aq asik fikirkan tentang kau..tapi aq x delh fikirkan sangat tentang kau pon aq still dpt mimpi tu..And sekarang sudah 4 or 5 or 6 kali aq mimpi jumpa kau..aq pon lupa sebab dh byk kali dh lebih dari 3...:)
Sunday, July 15, 2012
Hari Koperasi Negara
yeahhh ini dia..okay byeee assalamualaikum :)
Monday, July 9, 2012
Belajar belajar belajar :)
Yeahhhhh harini aq nk post pasal belajar...haha jangan gelak kayhh hahah okay azam aku sekarang nk belajar sungguh sungguh biar dpt 7A++++++ haha okay aku sekarang paling lemah math dgn sains yg lain tu bole skor..yg risau math ngan sains je..tpi kata pepatah ''Belakang pisau kalau diasah pon akn jadi tajam''.So kesimpulannya kalau aq belajar and fokus kt sbjek yg aq lemah tu pastinya aq boleh skor kan..hahaha lgi satu jgn lupa doa byk2 kt Allah...study study study study
yeahhh ini dia gmba study hahahaha
kalau boleh aq nk kekalkan prestasi aku yg mcm ni barulah bole berjaya dlm spm yeahhhh..
tapi kadang2 time kite study tu msti kita buat benda ni..benda yg akan mencacatkan mood study kita yg berkoba2 iaituu
ini
7A++++++ Yeahhhhh!!!!!
Sunday, July 8, 2012
Kitakah Isteri Yang Dicari?
okay ni aq ade terbaca artikal tdi jdi aq pon nk kongsi ngan korg bce ye
Dari pengalaman hidup melihat sikap dan karakter lelaki yang berada di sekeliling, maka insan yang bernama perempuan sering memerhati dan akhirnya mempelajari apakah ciri-ciri yang baik pada seorang suami.
Bukan lelaki sahaja yang bisa tidak tentu arah bila melihat perempuan solehah idamannya, bahkan yang bernama perempuan itu juga bisa bergetar hatinya melihat lelaki yang soleh. Hingga tersemat di sudut hatinya, berdoa dan meminta pada ALLAH agar dipilih oleh lelaki soleh itu..
Betul tak saudara-saudara perempuanku...
Ya, bukan semua.. sebahagian perempuan tidak terusik hati pun dengan kebaikan dan kesolehan lelaki...
Idealnya, semua yang memiliki hati perempuan inginkan bakal suami yang baik, bertanggungjawab, peramah, penyayang, beriman, beramal soleh, berilmu...
Ada yang inginkan yang kaya dan hensem..yang penuh sifat kelelakian.
Ada yang inginkan yang sekufu dan 'sekepala'...
Ada yang inginkan sama-sama aktif dalam jemaah dan dakwah. Sama-sama bersemangat dalam kerja-kerja sosial dan kebaikan.
Namun, apakah realiti yang sering berlaku...?
Bila suami baik...
" Abang ni baik sangatlah.. kalau ya pun nak buat baik, agak-agaklah sikit..." luah si isteri tidak puas hati si suami membeli kereta baru untuk ibu dan ayah mertua. Apatah lagi, suami tidak melayan permintaan isteri untuk bercuti ke negara empat musim. Sedangkan kereta itu untuk mengganti kereta lama yang telah terlalu uzur.
Bila suami bertanggungjawab...
"Abang ni asyik balik kerja lewat.. Bila tak kerja pulak, ada je urusan lain yang tak habis-habis.. Abang tinggalkan saya sorang-sorang layan anak kat rumah.."
Sedangkan suami pulang lewat kerana mengurus perniagaannya dengan penuh tanggungjawab. Kerana kemudiannya dia ingin melaksanakan tanggungjawab memberi makan minum pakai pada anak isteri. Kerana dia juga ada tanggungjawab dakwah dan membantu ummah, bukan sekadar mencintai isteri dan anak-anak.
Bila suami berkarakter penuh kelelakian, kita para isteri ingin mem 'perempuankan' diri si suami. Diajak suami bershopping baju dan kasut lama-lama, diajak suami bersembang dan bergosip lama-lama tanpa arah tuju, ingin melihat suami juga menangis terharu bila sesuatu yang menyentuh berlaku.. sedangkan itu semua jauh dari minat dan sifat kebanyakan lelaki..
Akan sabarkah kita dengan suami yang baik dan bertanggungjawab sebegini..? Yang berkarisma dengan kelelakiannya...?
Atau kita hanya ingin menjadi isteri yang memiliki suami yang lalai tanggungjawab kerana sibuk memenuhkan keinginan nafsu dan kehendak isteri yang tak pernah puas..?
Bila suami peramah..
" Abang ni tak payah lah senyum kat semua orang, tak payah sembang dengan diorang selalu.. seronok la perempuan tu abang senyum kat dia, layan sembang.."
Padahal si suami cuba berbaik-baik dengan kakak ipar dan adik ipar perempuan supaya tidak dikatakan sombong dan dingin.
Bila suami berilmu, beriman dan beramal soleh...
"Abang ni asyik baca buku..asyik depan laptop menulis.. bila hujung minggu, sibuk dengan program dakwah, kelas quran lah, kuliah lah, daurah lah.. bila abang nak spend masa dengan saya dan anak-anak..!" ujar isteri dengan rasa sedih tak puas hati.
Sedangkan dulu si isteri mengagumi lelaki yang nampak ke depan dalam program dakwah. Si isteri terkagum-kagum dengan aura ilmu dan keimanan yang terpancar di wajah pemuda dakwah itu. Si isteri tertarik dengan kemurahan hati pemuda itu bersedekah. Si isteri dulunya teruja untuk bersama pemuda dakwah yang giat aktif..
Dan akhirnya meluahkan... "Lebih baik saya kahwin dengan orang biasa.."
Kerana setelah berkahwin dengan ustaz, pendakwah, agamawan, ilmuwan, jutawan, dermawan.. ternyata para isteri sukar untuk menerima gaya hidup suami yang kononnya dulu itulah ciri-ciri idaman.
Dan bagi yang bernikah dengan 'orang biasa', mereka berharap pula mendapat 'orang-orang agama'.
Sedangkan nantinya, sukar para isteri untuk menerima apa-apa kesalahan dan kesilapan suaminya.. Orang agama diharapkan seperti malaikat suci diri sempurna peribadi.
"Tak sangka suami aku macam tu, dia tu kan penghafaz Al Quran.."
" Suami saya tu namanya je pegawai di jabatan agama tapi..."
"Dengan orang lain sibuk berdakwah, dengan isteri dan anak sendiri tak ada masa..."
Sedangkan seorang suami itu- 'orang agama atau orang biasa' - mengharap kita menerima kelemahan dirinya seadanya.
Seorang suami itu harapkan kita bersabar dan kuat mengurus emosi sendiri dan keluarga sewaktu ketiadaannya.
Seorang suami itu juga mengharap isteri tidak berhenti menuntut ilmu, agar mampu mendidik fitrah anak dan mencorak rumahtangga dengan suasana islami. Suami keluar berkerja dan berdakwah, isteri di rumah konsisten dan strategik mentarbiyyah [mendidik].
Suami berharap isteri berhenti bergosip dan bersembang kosong tentang artis atau orang lain, tentang fesyen, tentang perabot, make-up, tentang melancong yang memakan kos yang banyak dan topik lain yang menjauhkan famili dari kesederhanaan dan keredhaan tuhan.
Setelah bernikah, ternyata kita yang bernama isteri tidak sabar dengan ciri yang kita idamkan dulu..?
Atau kita yang tidak pandai membawa diri dengan karakter suami yang pelbagai bentuk dan gaya...?
Atau kita jarang sekali merasa cukup dengan masa, wang dan kemesraan yang suami kongsikan...?
Ingin yang sekufu, namun sedarkah bahawa sekufu itu boleh jadi kupu-kupu yang meninggalkan pasangannya jika kita tidak bersungguh berubah ke arah kebaikan...dan menjadi renggang jika kita tak pandai memimpin pasangan kepada kebaikan?
Manusia itu mungkin, mungkin pada satu tahap boleh sekufu.
Tapi realiti nya, manusia sentiasa dan kerap berubah. Kepada yang lebih baik atau lebih teruk. Tak akan terus sekufu.
Dan kita tak berubah dengan kadar dan cara yang sama dengan pasangan hidup. Apapun, moga perubahan itu destinasinya sama –menuju redha Ilahi.
Lalu sebenarnya, yang teramat penting adalah kemampuan kita para isteri membawa diri dalam rumahtangga yang dibina setelah membuat keputusan dengan istikharah dan musyawarah.
Mampu membawa diri yang bagaimana..?
Jika suami kaya, bagaimana untuk kita memahami dan menghormati gaya hidupnya yang berbeza dari kita 'orang kampung' (yang tak berapa kaya).
Jika suami orang kampung, bagaimana kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan suasana kekampungan dan tidak menunjuk muka serba tak kena kerana 'kebandaran' kita.
Jika suami bijak atau bergulung ijazah hingga PhD, bagaimana untuk kita membina kecerdasan diri agar kita tidak seperti budak tadika yang banyak sangat tak tahu..
Jika suami miskin atau berpangkat lebih rendah, bagaimana untuk kita merendah hati dan bergaul mesra dengannya agar dia tidak merasa tertinggal di belakang isteri, kerana selamanya seorang suami harus di atas sebagai pemimpin yang wajar ditaati dan dihormati.
Jika suami sebaya atau lebih muda, bagaimana untuk kita taat dan redha dengan keputusannya, kerana kita rasa kita lebih matang dari dia atau kita dengan dia sama sahaja, bukan pandai sangat buat keputusan.
Jika suami lebih berusia, bagaimana untuk kita memahami dan meletakkan diri sejajar dengan banyak pengalaman dan pengetahuannya..
Jadi, simpan sebentar senarai calon suami idaman..
Ayuh kita buat senarai menulis apa kekurangan diri kita, apa skills dan value yang kita perlu tambah pada diri dalam rangka menjadi isteri idaman .. Apa senarai kekuatan yang perlu kita bina, agar kita mampu menjadi isteri yang pandai membawa diri, walau siapapun ditakdirkanNYA buat kita...
Di lempar ke lautan menjadi pulau, di lempar ke awan menjadi bintang yang berkerdipan..
Menjadi isteri yang bahagia bukan dengan mengharap, mengharap dan banyak menerima, namun dengan banyak memberi, memberi dan terus mencari kebaikan dalam setiap keadaan..
Sekian perkongsian, harap bermanfaat..
Saturday, July 7, 2012
Ramadhan perlu ke berpuasa??
assalamualaikum semua..okay today(wahh speaking nmpak lolll :( ) okay post aku harini berkaitan ramadhan...msti korg dh x sabar kn nk dkt puasa,nk test iman kuat or not..but azam aq thun ni aq nk penuh g solat tarawikh...wahh sumpah tahun ni aq rasa x sabar nk puasa..heheee puasa aq yg lepas sudah diganti..yeahhh
okayy post aq ni aq nk cerita psl ramadhan..perlu ke kita berpuasa???hehe msti korg ade yg nk ponteng puasa kan..heheee tak baik tu..puasa ni setahun sekali je wokk puasalah penuh kay..valentine day boleh pulak korg sambut,and mcm2 lh holewen day lh sume tu x kn lh ramadhan x boleh korg sambut kan..puasa tu wajib bagi org yg sudah dewasa..if korg x puasa maknanya korg tu bajet kanak2 lh...tpi ada hati nk bercinta or kawen padahal puasa pon x penuh..bajet kanak2 je kan..malu lh sikit budak 4tahun pon boleh puasa penuh ni korg yg dh 20thun and keatas....heheehe ramadhan aq harap tahun ni aku akn capai azam aq dlm bulan ramadhan manalh tau dpt jumpa malam lailatul qadar kn..wahh indahnye idup ni....okay smpai sini je post aq kali ni..lain kali aq cerita lagi ye kawan...byeee assalamualaikum :) peace world
Tuesday, July 3, 2012
HAPPY BIRTHDAY :)
Assalamualaikummm....
okay harini aq nk cerita somthing yg agak menarik...hahaha harini hari jadi alia.so mula2 aq rancang nk bgi kek potong so aq pon pergi secret recipe utk beli kek..tpi malangnye kek potong dh habis..so aq pon agak sedih and aq jalan2 tetiba aq jumpa satu kek ni okay sebelum ni aq perhan makan kek tu sumpah sedap gila kek cokelet tu so aq harap alia suka...so aq pon beli and lps tu aq beli pembalut hadiah sorry if pembalut tu x cantik haha sumpah x reti weyh aq nk pilih pembalut hadiah..lepas isya aq pon balut hadia yg aq nk bagi kt alia...sumpah time tu rase happy smpai x terkata..balut punye balut akhirnye aq tertido kt dlm bilik dh r pintu berkunci..maybe sbb seronok sangat kot...:)..lps tu aq terbangun pukul 4pagi mula2 aq ingat nk kemas barang then tido balik..tpi tetibe tergerak hati aq utk menunaikan solat hajat..so aq pon buat then tido...okay bermulanya pada pagi tdi masa tu waktu sains aq pon time tu tengah crik idea utk bercakap ngan dia masa nk bgi hadiah nanti.Sampai cg.arina pon marah kt aq sbb x buat kerja sains selama 2 waktu sains aq habisan utk crik idea...smpai terkeluar ayt2 lucu dlm otak aq so aq pon gelak sorg2 tpi gelak aq agak kuat smpai aq x perasan kwn2 yg lain sdg mermehatikan aq..smpai dorg ckp aq gile...haha aq x kesah pon..okay lepas waktu sains pulak waktu agama time tu aq ponteng sbb nk crik alia tpi aq agak kecewa sbb x jumpa dia langsung..aq msih x mati akal time rehat pulak aq ade nmpak dia tpi time tu dia ngan kwn2 dia aq x berani lh nk tgur so terlepaslah lagi sekali..lps rehat pula waktu mpv kalini aq x pk pnjang...aq msuk dlm bengkel trus panggil uze utk mintak bantuan dia...okay dia pon sudi tolong aq kwn baik kott aq kenal dia dari aq darjah 4 lagi...okay..so aq ngan dia pon trus crik alia..akhirnye aq nampak dia kt koperasi time tu aq kt block E aq nmpak dia naik tangga so aq pon tunggu tepi tangga kelas dia...lps dia naik aq trus suh uze pangil dia..okay time dia dh muncul tiba tiba...........dup dap dup dap dup dap jantung aq peluh pon mula keluar dari susuk tubuh ku dan tangan ku trus mengiggil..tetapai aq trus memberanikan diri dgn mengunakan cara spontan kerana idea yg aq rancang tu sume trus lenyap..agak tergagap gak aq semasa ckp ngan dia..aq pon keluarkan hadiah tu dan trus bagi kt dia smbil ckp happy birthday..dia jwb thanks :) lepas tu aq trus melangkah sedikit hadapan bloeh r dlm 3 inci gak jarak aq ngan dia time tu aq trus pandang mata dia mula2 dia mengelak tpi lps tu aq rasa dia pandang tpi aq segan pulak..okay aq rapatkan diri sbb aq nk nyanyi 1 lagu tpi time tu mimi ade kt sebelah alia aq trus rasa malu so aq pon skip nyanyi dan aq trus keluarkan kertas keramat yg ada dlm poket aq..lps tu aq pesan kt dia jgn bgi org lain baca..dia ckp okay :)..after that aq trus kelam kabut utk beredar dri situ sebab tangan and badan aq berpeluh..okay tgn aq akn basah if aq rasa takut or malu yg sgt2..so aq xnk dia perasan nnti mesti ddia gelakan aq...so aq beredar tanpa pesan suh dia take care..arghhh lupe weyh nk ckp urmmmm...okaylah kwn smpai disini je cerita aq harini..di bwh ni ade gmba hadiah dan surat yg aq bgi kt alia tdi :)
ni dia hadiah dan pembalut yg agak buruk
okay tu bukan tulisan aq sbb tulisan aq sgt2 x cantik
tu tulisan ikhlas dri kwn aq...hee okay bye assalamualaikum :)
Subscribe to:
Posts (Atom)